Bebola Ikan Muslim

Mengenai Kami

Latar Belakang

Pengasas Muslim Food Industry (M) Sdn Bhd (1404041-H) adalah ustaz Jamaludin bin Yusof. Beliau merupakan seorang guru sains di beberapa buah sekolah di daerah Terengganu dan lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Din oleh penduduk setempat.

Ketika di era 80-an beliau mendapati pengeluar makanan dan ekonomi di monopoli oleh kaum bukan bumiputera. Mengambil tanggungjawab fardhu kifayah untuk memenuhi keperluan makanan umat islam dan jihad ekonomi, pada tahun 1986 beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dari kerjaya seorang guru, dan menubuhkan Muslim Food Industry (MFI). Ketika itu MFI merupakan satu-satunya pengeluar mee kuning bumiputera yang kian meningkat naik dan mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak.

Bermula dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan perniagaan beliau terus berkembang dengan lebih maju. Seiring perkembangan semasa pada tahun 2007 beliau telah menukar nama Muslim Food Industry kepada Muslim Food Industries bagi melestarikan kepelbagaian produk muslim di pasaran semasa. Menjelang tahun 2011 MFI menaik taraf kilang yang sedia ada kepada kilang yang lebih canggih dan efisien bagi menampung permintaan yang semakin meningkat dan lebih berdaya saing.

 

Muslim Food Industries

Sijil dan pengiktirafan

Misi

Misi MFI adalah untuk menyediakan produk yang halal dan bersih dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan terutamanya umat Islam di seluruh dunia.

Visi

Menjadikan Muslim Food Industries sebagai pengeluar produk Muslim halal no.1 di Malaysia pada tahun 2020

Objektif

Meningkatkan kualiti dan kuantiti produk Bebola Ikan Muslim